Wednesday 30 November 2011

Jodoh Sulung F4

Setelah 5 tahun setengah kita bersama, akhirnya kita tamatkan zaman belajar bersama di IPG Kampus Ipoh. Selama 5 tahun ini, telah banyak yang kita lalui bersama dan kenangan kita amat berharga. dalam 21 orang sahabat, kini seorang telah menemui jodoh dengan pilihan hati. Tahniah Fariza, kami rakan-rakan yang lain akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Fariza dan pasangannya Shamsul hingga ke anak cucu. Diharap agar beliau akan berbahagia dengan kehidupan barunya bersama suaminya yang tersayang. Dengan perkahwinan ini, beliau telah menjadi jodoh sulung bagi kelas F4. Siapa pula antara rakan F4 yang akan menemui jodoh mereka? = )













Semoga masjid yang dibina ini akan utuh walau dilanda badai. Kepada beliau dan pasangan, kami harap mereka sentiasa berbincang bersama-sama jika berlaku sebarang masalah. 
Salam sayang dari kami rakan-rakan F4.



Friday 18 November 2011


Sebagai tanda peringatan dan kenangan, sebagai admin blog ini saya berharap agar rakan-rakan F4 akan berusaha bersungguh-sungguh pada masa hadapan dalam mengharungi bahtera mendidik. dan saya juga berharap agar persahabatan yang telah kita bina selama 5 tahun setengah ini akan kekal hingga ke akhir hayat kita. oleh itu, saya berharap agar semua rakan-rakan F4 akan sentiasa mengupdate blog ini supaya kita semua akan sentiasa dapat mengikuti perkembangan masing-masing setelah kita berpisah nanti.


kepada rakan-rakan F4 sekalian, sila berikan email address anda supaya saya dapat mendaftarkan anda semua sebagai admin blog ini supaya kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman walaupun kita terpisah. akhir kata, persahabatan yang telah dibina ini harus dijaga, seperti pokok bunga yang ditanam. ianya perlu disiram dan dibaja barulah bunga itu kembang subur mewangi. persahabatan yang sejati akan memberi kerinduan yang abadi...




Wednesday 25 May 2011

Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 Peringkat IPGM Kampus Ipoh 2011


         Pada 13 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011 akan dianjurkan Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 Peringkat institut tahun 2011 bertempat di IPGM Kampus Ipoh. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Jasmani Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada para guru pelatih mengenai ilmu kejurulatihan hoki agar dapat digunakan apabila ditugaskan di sekolah kelak. Selain itu, kursus ini bertujuan menjalankan ujian bertulis dan ujian amali bagi membolehkan para guru pelatih memperoleh sijil kejurulatihan hoki Tahap 1. Para peserta dikehendaki hadir mendaftarkan diri di institut pada 12 Jun 2011 jam 5.00 petang. Bagi guru pelatih yang bukan peserta tetapi berminat dengan kursus ini (sebagai pemerhati) anda bolehlah datang melihat perjalanan program sepanjang kursus ini dijalankan.

"TANPA JURULATIH TIDAK AKAN LAHIR PEMAIN YANG BERKALIBER"
- Professor Mohd Firdaus bin Ibrahim

Saturday 19 March 2011

Program Kem Kepimpinan 2011 Sek. Keb. Sg. Rapat

Pada 27 Feb 2011, para pelatih PISMP unit F4 telah menganjurkan kem kepimpinan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelatih, IPG Kampus Ipoh. program ini telah dirancang oleh pensyarah yg sangat berdedikasi, En. Mohd. Nizam Tajeri. program ini dijalankan adalah bertujuan utk memenuhi masa kredit bg subjek bimbingan dan kaunseling pd semester ini. walaupun kami sibuk dengan praktikum, akan tetapi kami tidak memandang remeh terhadap pelajaran kami. oleh itu, rakan-rakan yg menjalani praktikum di kuala kangsar dan sri iskandar pulang pd hari berkenaan utk menjayakan perjalanan kem kepimpinan tersebut.














Lebih kurang pukul 3.00 ptg, semua murid-murid dr Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah tiba di IPG Kampus Ipoh dan diiringi oleh beberapa orang guru pengiring. mereka telah berkumpul di kawasan lapang bersebelahan balai Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh dan disambut mesra oleh pelatih-pelatih unit F4. mereka kemudiannya diarahkan utk berkumpul di dalam surau berhampiran bg mendengar taklimat ringkas program yg akan mereka lalui sepanjang 3 hari 2 malam nanti. murid-murid yg hadir terdiri drpd pemimpin-pemimpin sekola iaitu, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.




Setelah selesai taklimat ringkas, semua murid-murid dijamu pula dengan cendol yg dibawa khas utk program ini. beginilah suasana yg meriah semasa murid-murid dijamukan dengan cendol ditambah pula dengan cuaca yg agk panas pd hari itu. guru-guru pula sedang mengawasi pergerakan murid-murid supaya tidak berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini. setelah selesai makan, semua murid dibawa ke tapak perkhemahan iaitu di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Ipoh. mereka dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil utk khemah0khemah yg telah disediakan.

program tersebut telah berjalan dengan lancar seperti yg telah ditetapkan. antara aktiviti yg telah disediakan adalah ceramah motivasi, aktiviti kembara hutan, beberapa aktiviti LDK, persembahan malam kebudayaan dan juga barbeku. dari pemerhatian kami, semua murid yg terlibat sangat seronok dengan perjalanan kem yg telah kami jalankan ini.








Program ini berakhir pd pagi 29 Feb 2011 dan semua murid serta fasilitator-fasilitator yg terlibat berkumpul dlm Dewan Sri Klebang, Pulako. semua murid diberi nasihat, kata-kata semangat dan harapan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator masing-masing utk kali terakhir sebelum mereka berpisah.

Praktikum fasa 3

Di sini kami ingin mengucapkan selamat menjalani praktikum kepada semua warga pelatih unit F termasuklah unit G yang akn memulakan praktikum fasa 1 pd 21 mac 2001 (Isnin). janganle kome maleh-maleh sbb kte ni kn baru lepas cuti semester, patut kte lg bersemangat waja. kpd adk2 unit G, seronok ngaja kt sekolah. korang kne cube bru korang tau.






Pengajaran Pendidikan Jasmani, oleh Mohd. Safwan :-
    Nampak senang tetapi susah untuk mengawal kelas yg dijalankan di padang. jangan kome sume pikir senang nak ngajar PJ ni, kalau ajar BM ke BI ke Math ke senang sket dr segi kawalan kelas sbb korang sume ngajar dalam kelas yg telah ada had kawasan. tapi kalau padang, xkn seluas padang 2 korang nk kejar murid-murid. tp pape pn, selamat menjalani praktikum kpd sume. CHAIYOK2!!!




Jangan pikir korang option BM ke Pemulihan ke pape ke korang xde kne wt keje kt sekolah. bila sampai sekolah, kalau korang jadi guru pelatih sume keje yg ade memang cikgu-cikgu kt sekolah bg korang yg buat. so, jangan le berkira sangat. wat je sume cm brader kte sorang ni. orang cakap cari pengalaman so nanti ble da posting kt mane-mane kte da tau tugas dan tanggungjawab kite sebagai sorang guru.ok.. ^_^

Sedikit gambaran kpd semua khususnya kpd kawan-kawan unit G yg bakal menjalani praktikum pertama..
Ni Na, Ali Husni, Berat Pitt dan rakan lain yg tidak disebut...