Saturday 19 March 2011

Program Kem Kepimpinan 2011 Sek. Keb. Sg. Rapat

Pada 27 Feb 2011, para pelatih PISMP unit F4 telah menganjurkan kem kepimpinan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelatih, IPG Kampus Ipoh. program ini telah dirancang oleh pensyarah yg sangat berdedikasi, En. Mohd. Nizam Tajeri. program ini dijalankan adalah bertujuan utk memenuhi masa kredit bg subjek bimbingan dan kaunseling pd semester ini. walaupun kami sibuk dengan praktikum, akan tetapi kami tidak memandang remeh terhadap pelajaran kami. oleh itu, rakan-rakan yg menjalani praktikum di kuala kangsar dan sri iskandar pulang pd hari berkenaan utk menjayakan perjalanan kem kepimpinan tersebut.














Lebih kurang pukul 3.00 ptg, semua murid-murid dr Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah tiba di IPG Kampus Ipoh dan diiringi oleh beberapa orang guru pengiring. mereka telah berkumpul di kawasan lapang bersebelahan balai Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh dan disambut mesra oleh pelatih-pelatih unit F4. mereka kemudiannya diarahkan utk berkumpul di dalam surau berhampiran bg mendengar taklimat ringkas program yg akan mereka lalui sepanjang 3 hari 2 malam nanti. murid-murid yg hadir terdiri drpd pemimpin-pemimpin sekola iaitu, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.




Setelah selesai taklimat ringkas, semua murid-murid dijamu pula dengan cendol yg dibawa khas utk program ini. beginilah suasana yg meriah semasa murid-murid dijamukan dengan cendol ditambah pula dengan cuaca yg agk panas pd hari itu. guru-guru pula sedang mengawasi pergerakan murid-murid supaya tidak berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini. setelah selesai makan, semua murid dibawa ke tapak perkhemahan iaitu di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Ipoh. mereka dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil utk khemah0khemah yg telah disediakan.

program tersebut telah berjalan dengan lancar seperti yg telah ditetapkan. antara aktiviti yg telah disediakan adalah ceramah motivasi, aktiviti kembara hutan, beberapa aktiviti LDK, persembahan malam kebudayaan dan juga barbeku. dari pemerhatian kami, semua murid yg terlibat sangat seronok dengan perjalanan kem yg telah kami jalankan ini.








Program ini berakhir pd pagi 29 Feb 2011 dan semua murid serta fasilitator-fasilitator yg terlibat berkumpul dlm Dewan Sri Klebang, Pulako. semua murid diberi nasihat, kata-kata semangat dan harapan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator masing-masing utk kali terakhir sebelum mereka berpisah.

1 comment: