Wednesday, 25 May 2011

Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 Peringkat IPGM Kampus Ipoh 2011


         Pada 13 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011 akan dianjurkan Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 Peringkat institut tahun 2011 bertempat di IPGM Kampus Ipoh. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Jasmani Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada para guru pelatih mengenai ilmu kejurulatihan hoki agar dapat digunakan apabila ditugaskan di sekolah kelak. Selain itu, kursus ini bertujuan menjalankan ujian bertulis dan ujian amali bagi membolehkan para guru pelatih memperoleh sijil kejurulatihan hoki Tahap 1. Para peserta dikehendaki hadir mendaftarkan diri di institut pada 12 Jun 2011 jam 5.00 petang. Bagi guru pelatih yang bukan peserta tetapi berminat dengan kursus ini (sebagai pemerhati) anda bolehlah datang melihat perjalanan program sepanjang kursus ini dijalankan.

"TANPA JURULATIH TIDAK AKAN LAHIR PEMAIN YANG BERKALIBER"
- Professor Mohd Firdaus bin Ibrahim