Friday 18 November 2011


Sebagai tanda peringatan dan kenangan, sebagai admin blog ini saya berharap agar rakan-rakan F4 akan berusaha bersungguh-sungguh pada masa hadapan dalam mengharungi bahtera mendidik. dan saya juga berharap agar persahabatan yang telah kita bina selama 5 tahun setengah ini akan kekal hingga ke akhir hayat kita. oleh itu, saya berharap agar semua rakan-rakan F4 akan sentiasa mengupdate blog ini supaya kita semua akan sentiasa dapat mengikuti perkembangan masing-masing setelah kita berpisah nanti.


kepada rakan-rakan F4 sekalian, sila berikan email address anda supaya saya dapat mendaftarkan anda semua sebagai admin blog ini supaya kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman walaupun kita terpisah. akhir kata, persahabatan yang telah dibina ini harus dijaga, seperti pokok bunga yang ditanam. ianya perlu disiram dan dibaja barulah bunga itu kembang subur mewangi. persahabatan yang sejati akan memberi kerinduan yang abadi...




No comments:

Post a Comment