Wednesday, 30 November 2011

Jodoh Sulung F4

Setelah 5 tahun setengah kita bersama, akhirnya kita tamatkan zaman belajar bersama di IPG Kampus Ipoh. Selama 5 tahun ini, telah banyak yang kita lalui bersama dan kenangan kita amat berharga. dalam 21 orang sahabat, kini seorang telah menemui jodoh dengan pilihan hati. Tahniah Fariza, kami rakan-rakan yang lain akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Fariza dan pasangannya Shamsul hingga ke anak cucu. Diharap agar beliau akan berbahagia dengan kehidupan barunya bersama suaminya yang tersayang. Dengan perkahwinan ini, beliau telah menjadi jodoh sulung bagi kelas F4. Siapa pula antara rakan F4 yang akan menemui jodoh mereka? = )













Semoga masjid yang dibina ini akan utuh walau dilanda badai. Kepada beliau dan pasangan, kami harap mereka sentiasa berbincang bersama-sama jika berlaku sebarang masalah. 
Salam sayang dari kami rakan-rakan F4.



No comments:

Post a Comment